Misi & Visi PEKEMA

Tujuan penubuhan Persatuan sebagaimana termaktub dalam perlembagaan.

Perlembagaan

Sembilan tujuan Persatuan

Tujuan penubuhan PEKEMA sebagaimana termaktub dalam perlembagaan Persatuan.

  1. Menyatupadukan pengimpot, penjual, peniaga dan pengusaha kereta, lori dan motosikal terpakai dan baru, serta mereka yang terlibat dalam perusahaan kereta untuk kepentingan dan faedah ekonomi orang-orang Melayu.

  2. Memperjuangkan hak ahli-ahli dari segi undang-undang.

  3. Menyelaraskan aktiviti-aktiviti semua ahli dan menyelesaikan — jika diminta oleh kedua-dua pihak yang berkenaan — selisih faham yang timbul di antara ahli-ahli.

  4. Membuat perhubungan dengan badan-badan lain yang berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama dengan Persatuan.

  5. Menerbitkan majalah atau risalah yang berkaitan dengan perusahaan, menjual dan mengimpot kereta, lori dan motosikal, dengan syarat mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada pihak berkenaan.

  6. Menganjur kelas-kelas dan apa-apa projek pelajaran berhubung dengan perusahaan kenderaan.

  7. Membeli, menjual, meminjam, menggadai, memajak, menyewa dan membuat lain-lain urusan bersangkutan dengan tanah-tanah atau lain-lain harta.

  8. Menggalakkan ahli-ahli menubuhkan syarikat untuk menjalankan perniagaan menjual dan mengimpot kenderaan termasuk segala perusahaan yang berkaitan dengan kenderaan.

  9. Menjalankan apa-apa sahaja usaha yang difikirkan baik dan berfaedah bagi mencapai tujuan di atas dengan syarat tidak menyalahi mana-mana undang-undang negara.

Peruntukan kewangan

Penggunaan wang Persatuan

Semua wang yang didapati oleh Persatuan ini akan digunakan semata-mata untuk melanjutkan, memajukan dan menjalankan tujuan-tujuan Persatuan. Tidak sebahagian pun daripada keuntungan atau wang itu akan digunakan untuk membayar faedah keuntungan atau bonus kepada sebarang ahli Persatuan.

Sungguhpun begitu, peruntukan ini tidak menghalang sebarang pembayaran yang dibuat dengan tujuan baik untuk membayar gaji atau perbelanjaan, atau kedua-duanya, kepada sebarang ahli atau pekerja Persatuan ini.

Ingin mendaftar sebagai ahli PEKEMA?

Jika anda berminat untuk menjadi sebahagian daripada keluarga PEKEMA, hubungi kami untuk mengetahui dengan lebih lanjut kriteria dan kelebihan yang akan anda nikmati sebagai ahli berdaftar.

(60) 03 – 8322 7311 / 7411 / 7611