Kajian Semula Dasar Automotif Nasional
Semakan dasar bagi meningkatkan daya saing industri automotif tempatan.
Dasar Automotif Nasional (NAP) telah diperkenalkan pada 22 Mac 2006 untuk membantu usaha transformasi dan integrasi industri automotif tempatan secara optimum ke dalam jaringan industri serantau dan global yang semakin liberal dan kompetitif. NAP merupakan teras utama dalam penggubalan hala tuju strategik industri di bawah Pelan Induk Perindustrian Ketiga (IMP3), 2006–2020.
Selepas tiga setengah tahun diperkenalkan, NAP telah dikaji semula bagi mewujudkan dasar-dasar baharu yang akan meningkatkan daya saing pasaran bagi syarikat tempatan dan antarabangsa.
Selaras dengan komitmen kerajaan untuk meliberalisasikan industri automotif dan konsep ‘rakyat didahulukan’, kajian semula NAP memberi faedah kepada pengguna terutamanya dari segi jaminan keselamatan dan perlindungan terhadap alam sekitar.
Di bawah kajian semula NAP, pelbagai pihak dalam industri automotif telah dirujuk bagi mendapatkan maklumat terperinci dan amalan terbaik daripada sektor swasta, pertubuhan dan agensi kerajaan. Sasaran utama kajian semula NAP adalah untuk memastikan peningkatan keupayaan dan daya saing industri automotif tempatan dalam jangka panjang — dengan mengambil kira perkembangan terkini industri automotif di peringkat serantau dan antarabangsa, di samping menawarkan kenderaan yang lebih selamat, mesra alam dan berteknologi tinggi kepada pengguna.
Maklumat lanjut
Ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai kajian semula Dasar Automotif Negara? Ikuti pautan di bawah.
Ada pertanyaan, komen, cadangan atau aduan?
Emailkan kepada kami dan maklum balas sewajarnya akan diberikan kepada anda. Anda juga boleh menghubungi urus setia PEKEMA secara terus pada waktu urusniaga.
Telefon
03-8322 7311 / 7411 / 7611
